Kedah International Bike Week 2019-Melepasi Sasaran

2849

“Janji Mau Pulaih”,tag line Kedah International Bike Week 2019.Tag line yang berjaya menghimpunkan lebih dari 5000 pengunjung. Baru pertama kali diadakan.Pelbagai hal yang perlu di uruskan,bantuan kawan-kawan di dambakan.Adakah lokasi acara Taman Jubli Emas tidak sesuai atau apakah berbaloi hasil usaha mereka selama 3 bulan?

Kedah International Bike Week 2019.Satu acara yang muda di kalangan acara perhimpunan motosikal di Semenanjung Tanah Air.Namun mutakhir ini peminat dua roda tidak lagi menghiraukan isu-isu yang mengeruhkan keceriaan dunia permotoran di Malaysia.



Siapa penganjur? Pakai motosikal atau tidak? Ahli kelab mana? Motosikal apa penganjur pakai? Kebarangkalian soalan sebegini akan timbul dari segelintir yang tidak mendapat informasi secara tepat dan telus berhubung kait isu semasa.

Warna-warni dunia permotoran di Malaysia ini cukup indah.Di mana kita dapati pelbagai profesion,pelbagai bangsa dan ugama,pelbagai lapisan usia dengan satu minat iaitu jentera “Dua Roda”.Tiada kedengaran pertumpahan darah sesama grup atau kelab permotoran di negara kita.

Isu-isu yang tipis,isu-isu yang di viralkan melalui pelbagai saluran media cetak mahupun media sosial,ibarat masuk kanan keluar kiri.Usah di beratkan kepala dengan memikirkan perihal yang mendatangkan kemunduran,zaman semakin maju dan teknoloji pun semakin canggih.

Prinsip tersebut merupakan punca kejayaan penganjuran Kedah International Bike Week 2019.Jumlah kehadiran merupakan aset yang penting dalam penentuan acara ini.

Cabaran

Cuaca panas yang melampau sepanjang 3 hari acara bukanlah penghalang buat pengunjung.Apatah lagi pengunjung tempatan.Kekuatan dalam mempromosikan acara ternyata berhasil dengan kehadiran di luar jangkaan.

Stylo Republic Sdn Bhd,pemiliknya Mohd Zaki Salleh berjaya membuktikan iaitu penganjuran acara perhimpunan motosikal julung kalinya, tanpa pengalaman tidak semestinya menemui kegagalan.

Bantuan rakan-rakan permotoran iatu Otai Bikers,FRB,Penang Bikers dan BMWMCM yang bertungkus lumus dalam menentukan kelancaran acara serta sokongan padu dari Kelab Harley Utara Grup(HUG) adalah penyuntik semangat bagi Mohd Zaki.

Acara yang mendapat sokongan penuh dari kerajaan negeri.Acara yang di nobatkan sebagai acara tahunan negeri Kedah.Kehadiran pengunjung luar khasnya pemilik motosikal dari negara jiran cukup membanggakan.

Antaranya ialah Brunei, Singapura,Thailand,Indonesia,Phillipina,Myanmar serta pemilik jentera dua roda dari dalam negara.

Pengunjung turut terhibur dengan persembahan artis yang dibawakan oleh Retro Station.Pelbagai hadiah cabutan bertuah turut di sediakan.Benelli Rfs 150i ,Honda EX5 dan,Motor Eletrik menjadi rebutan pengunjung.

Aksi

Turut menghiburkan ialah persembahan stunt dari Illyia Iryani yang menggunakan motosikal Benelli TnT 135.Honda,KTM ,GIVI, Roda Prestasi,Bike Station juga turut menyumbang bagi menjayakan acara.

Sumbangan juga turut di perolihi dari Exco Pelancongan,Hayat Global dan Dato Syed.Pengunjung juga berpeluang mencuba pelbagai jenis motosikal yang di sediakan oleh wakil pengedar motosikal sepanjang acara berlangsung.

El Chong BMW Motorad,Benelli,SYM,Honda Big Wing(Penang),Ducati,Roda Prestasi,GPX,Kawasaki dan Harley Davidson,Bike Station serta tidak ketinggalan GIVI dan Red Bull.

PDRM tidak ketinggalan dalam memeriahkan acara,Pihak trafik telah membuka kaunter pembayaran Saman kepada pengunjung yang hadir bersempena Hari Polis.

Kehadiran tetamu VVIP menambahkan keceriaan acara tersebut,antaranya ialah Tengku Temenggung Kedah,Dato’Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz.

Acara

Acara pelancaran telah di sempurnakan oleh,YB Mohd Asmirul Anuar Aris Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan,Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,Seni & Budaya yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Kedah.

Kehadiran pelawak terkenal Lan Pet-Pet,dan rombongan promosi filem bikers kental di ketuai oleh Dato Awie dan Dato Afdlin Shauki memberi impak yang positif kepada acara tersebut.

Kepada Mohd Zaki dan 40 krew yang bertungkus lumus menjayakan Kedah International Bike Week 2019 di ucapkan tahniah.Kekentalan,kedegilan dan kejayaan menepiskan segala halangan cukup terpuji.

Tanpa Anda semua kemungkinan pemilik motosikal dari negara luar seperti Brunei, Indonesia,Phillipina,Myanmar tidak mengenali Negeri Kedah.Pelbagai sumbangan di terima dari penaja yang turut menceriakan acara perhimpunan motosikal terbesar di Negeri Kedah.

Antara penajanya ialah Mforce Bike Holding Sdn Bhd,Honda Big Wing(Penang),Roda Prestasi,GIVI,Bike Station,Adqua Tyre,Hajjah Halijah,Adik,KB Soon Huat,Hotel Jannah(Bertam),Hype Hotel(Nilai) dan Abba Motor.

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here