Proton catat rekod jualan memberangsangkan untuk suku pertama 2019

1351

Proton catat rekod dengan mengakhiri suku pertama tahun 2019 dengan kenaikan jualan yang baharu di mana dengan mengekalkan kecemerlangan yang dicapai pada awal tahun ini.

Proton catat rekod
Proton catat rekod

Bulan Mac mencatatkan 11 peratus peningkatan berbanding tahun lepas dengan 6,145 unit kenderaan didaftarkan.

Peningkatan pendaftaran empat kali lebih dari TIV



Bulan Mac menyaksikan pertumbuhan positif bagi industri automotif. Di mana anggaran Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) telah meningkat sebanyak 11.8 peratus dari tahun sebelumnya.

Walau bagaimanapun, Proton mengatasi pasaran dengan peningkatan pendaftaran sebanyak 46.1 peratus, hampir 4 kali lebih tinggi daripada keseluruhan industri.

Ini meletakkan Proton di kedudukan paling hadapan berbanding jenama pesaing-pesaing yang lain bagi bulan ini serta suku pertama 2019.

“Angka yang dicatatkan oleh PROTON pada tahun 2019 merupakan hasil daripada usaha padu yang dilakukan oleh setiap pekerja di Syarikat. Pencapaian-pencapaian ini juga adalah disebabkan oleh pembukaan cawangancawangan 3S/4S, peningkatan kualiti produk, tumpuan penuh pada perkhidmatan pelanggan serta penambahbaikan pada bahagian-bahagian yang lain,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong.

Proton X70 adalah SUV paling popular di Malaysia

Dengan 2,979 unit telah didaftarkan pada bulan Mac, X70 menjadi model SUV terlaris bukan sahaja untuk bulan Mac, malah untuk keseluruhan suku pertama 2019.

Lebih 25,000 tempahan telah diterima untuk X70 setakat ini, menjadikannya model Proton paling popular untuk tahun 2019.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here