Toyota Yaris muncul di laman web Toyota!

2595

Tidak sampai dua bulan selepas pelancaran Toyota Vios, UMW Toyota Motor meneruskan langkah mereka untuk merancakkan pasaran segmen-B di Malaysia dengan pengenalan Yaris.

Semakan di laman web Toyota mendapati pilihan model Yaris sudah mula ada di menu utama. Ini bermakna pelancarannya bakal dibuat tidak lama lagi.



Pengesahan untuk pengenalan model hatchback ini telahpun dibuat pada Februari lepas.

Menurut laman web Toyota ini, harga anggaran adalah antara RM72k hingga RM85k, dengan tiga varian ditawarkan.

Kelengkapan lain bagi Yaris ini kebanyakannya sama dengan Vios 2019, termasuklah enjin 1.5-liter Dual VVTi, transmisi CVT, penghawa dingin automatik, cermin pandang belakang monokromatik, dan suis mod pemanduan.

Ia juga akan menampilkan 360-T seperti Vios. 360-T merangkumi tiga aspek iaitu Safe-T, Connectivi-T dan Guaran-T.

Pembeli akan dapat memilih Yaris dengan lima warna iaitu Citrus Mica Metallic, Red Mica Metallic, Attitude Black, Silver Metallic dan Super White II.

Anda juga boleh mula membuat pendaftaran di Register Your Interest di sini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here