Honda CBR650R dan CB650R serba baharu dilancarkan, dari RM43k

212

Boon Siew Honda menggunakan Malaysia Autoshow 2019 sebagai platform untuk memperkenalkan dua jentera, CBR650R dan CB650R serba baharu.

Harga cadangan untuk CBR650R dan CB650R adalah masing-masing RM45,499 dan RM43,499.

Spesifikasi Honda CBR650R:

  • Fairing sisi diinspirasi dari CBR1000RR Fireblade
  • Lampu depan LED penuh
  • Lampu belakang LED berkembar nipis
  • Paparan LCD baharu dengan paparan posisi gear dan Shift Up
  • Enjin empat silinder dengan putaran 1,000rpm lebih tinggi dan 5% lebih kuasa
  • 70kW pada 12,000rpm
  • Fork SHOWA SFF boleh-laras 41mm
  • Angkup brek depan empat-omboh dengan pemasangan radial
  • Honda Selectable Torque Control (HSTC)
  • Assist/Slipper Clutch
  • Dua pilihan warna: Grand Prix Red dan Gunpowder Black Metallic

Spesifikasi Honda CB650R:

  • Rekabentuk café racer moden dan minimalis
  • Sistem ekzos dan kemasukan udara diubah, menghasilkan 5% lebih kuasa
  • Fork SHOWA SFF boleh-laras 41mm
  • Angkup brek depan empat-omboh dengan pemasangan radial
  • Honda Selectable Torque Control (HSTC)
  • Assist/Slipper Clutch
  • Dua warna pilihan: Candy Chromosphere Red dan Graphite Black

Untuk maklumat lanjut, layari: https://hondabigbike.com.my.

Komen anda mungkin membantu