BSH perkenal warna baharu pada model CB650R, CBR650R dan Rebel (2023)

240

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan warna dan grafik baharu bagi model Honda CB650R dan CBR650R.

  • Honda CB650R didatangkan dengan warna badan Candy Chromosphere Red; Mat Jeans Blue Metallic dan Mat Gunpowder Black Metallic pada harga RM44,499
  • Honda CBR650R didatangkan dengan warna Grand Prix Red dan Mat Gunpowder Black Metallic pada harga RM46,499

Warna serba baharu Mat Gunpowder Black Metallic pada CB650R menawarkan perincian kemasan hitam pada pelindung sesondol, fork, tuil, pemijak kaki dan sisi shroud.

Manakala kedua-dua warna badan CBR650R menerima naiktaraf visual termasuklah enjin dan pelindung sesondol serba hitam.



Honda CBR650R dengan warna badan Mat Gunpowder Black Metallic pula menerima kemasan warna biru pada tangki minyak, belakang dan fairing serta spring penyerap hentak berwarna merah.

Warna badan Grand Prix Red pula menampilkan madgad dan belly pan hitam dengan logo Honda dan spring fork berwarna merah.

Honda CB650R dan CBR650R dijana oleh enjin 649cc, DOHC yang menghasilkan kuasa 70kW @ 12,000rpm dan tork 64Nm @ 8,500 rpm bersama transmisi Constant Mesh, 6-kelajuan serta Klac Assist/Slipper. 

Ia  dilengkapi dengan Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dua saluran. Kedua-dua model menggunakan suspensi jenis terbalik SSF-BP 41mm.

HONDA REBEL

Di samping itu, BSH turut memperkenalkan warna baharu pada Honda Rebel menerusi warna Mat Gunpowder Black Metallic; Candy Diesel Red dan Pearl Smoky Gray pada harga RM33,899.

Rebel dijana oleh enjin 471cc penyejukkan cecair yang menghasilkan kuasa 34kW @ 8,500rpm dan tork 43.3Nm @ 6,000rpm. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here