Honda CB650R, CBR650R hadir dengan pilihan warna baharu, harga bermula RM43k

814

Terdahulu, Honda CB650R dan CBR650R yang menerima sistem suspensi baharu serta pelbagai penambahbaikan bagi meningkatkan aspek keselesaan , selain praktikalitinya untuk penunggangnya.

Namun untuk model 2022, kedua-dua model popular tui diberikan penampilan lebih segar menerusi pilihan warna baharu.



Selain warna Matte Gunpowder Black Metallic yang sedia ada, CB650R kini boleh didapati warna Matte Jeans Blue Metallic dan Candy Chromosphere Red. Sementara itu, CBR650R pula ditawarkan dalam warna Grand Prix Red serta Matte Gunpowder Black Metallic.

Guna enjin sama

Dari segi enjin, casis dan kelengkapan masih sama serta tiada perubahan, di mana kedua-duanya masih dikuasakan oleh enjin 649 cc, DOHC 16 injap empat silinder yang menghasilkan 93 hp (70 kW) pada 12,000rpm serta 64Nm pada 8,500rpm. Enjin ini diiktiraf patuh piawaian emisi Euro 5.

Ia menampilkan ciri Honda Selectable Torque Control (HSTC) yang ditugaskan untuk mengekalkan tahap cengkaman tayar belakang. Turut disertakan adalah ABS dwi saluran untuk memberikan lebih keyakinan kepada penunggang.

Kedua-duanya dilengkapi dengan fork terbalik Showa Separate Function-Big Piston (SSF-BP) 41mm di depan, manakala penyerap hentak monoshock di belakang yang disambungkan dengan lengan ayun aluminium.

 

 

CB650R 2022 dijual pada harga RM43,999, manakala RM45,499 untuk CBR650R tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans.

Galeri

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here