Go Daddy Motorsport tawar Bugatti Chiron 2017, bermula RM13 juta tidak termasuk cukai!

2810
Dengar sahaja nama Bugatti Chiron, semestinya memikirkan sebuah kereta dengan harga yang sangat tinggi, bahkan harga versi biasa pun dah cukup mahal.
 
 
Namun, seperti yang ramai sedia maklum, sekiranya ada kemampuan untuk membeli kereta tersebut sekali pun, namun untuk membeli sebuah Bugatti bukan sesuatu yang mudah.
 
Pengeluar kenderaan berprestij dari Perancis tersebut akan melihat profil bakal pembeli dahulu sebelum dapat membuat tempahan. Oleh sebab itu, sangat jarang untuk sebuah Bugatti ada dalam pasaran kereta terpakai.
 
Namun, yang ada kemampuan boleh untuk mencuba nasib apabila menerusi perkongsian di Facebook Go Daddy Motorsport memaklumkan pihak mereka dihubungi satu daripada pembekal yang menawarkan sebuah Bugatti Chiron untuk dijual dan boleh di eksport ke Malaysia.
 
Harga? Hanya GBP2,400,000 bersamaan RM13 juta sahaja, tidak termasuk kos cukai, kos penghantaran melalui udara dan kos kos kecil yang lain.
 
Bugatti Chiron tahun 2017 tersebut hanya mencatat jarak perbatuan sebanyak 1,315 (2,104km) dan didatangkan dengan warna luaran tona dua warna serta kemasan dalaman kulit berwarna coklat dan enjin W16 yang menghamburkan kuasa lebih dari 1000hp.
 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here