[Video] Tular pemuda buat pembayaran secara tunai RM58k baiki Lamborghini

2931

Baru-baru ini tular video mengenai seorang pemuda membuat pembayaran secara tunai sehingga puluhan ribu ringgit untuk membaik pulih kereta mewah miliknya.

Menerusi video itu, pemuda tersebut dilihat berada di sebuah bengkel kereta yang melakukan servis pada kereta Lamborghini miliknya dan menayang resit pembayaran yang berjumlah RM58,200.



Namun yang menjadi perhatian, apabila pemuda tersebut dilihat mengeluarkan wang tunai tersebut daripada begnya untuk dibayar kepada kedai berkenaan yang menelan kos sehingga puluhan ribu ringgit.

Video tersebut menjadi tular di Twitter, yang pada awalnya dimuat naik di akaun Tiktok @ariffhanfiah dimana dia banyak berkongsi konten yang menginspirasikan anak muda untuk lebih berjaya.

Rata-rata orang ramai meninggalkan pelbagai komen, bahkan ada yang menganggap rezeki masing-masing dan merasa bangga anak muda tempatan zaman sekarang berjaya dan kaya.

“Alhamdulillah aku bangga bangsa aku mampu dan berjaya,keep it up bang moga ada lg bangsa aku yg kaya2.

“Bapak aa 58 ribu,lepas beli bezza 1.0 cash siak.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here