Toyota Camry (2025) pasaran Amerika guna enjin hibrid, tiada lagi V6

251

Pasaran sedan segmen-D di Malaysia semakin menguncup yang mana menyaksikan Nissan Teana menarik diri pada 2019 dan disusuli dengan Honda Accord tahun ini.

Namun, di pasaran Amerika Syarikat segmen itu masih teguh berdiri. Misalnya Toyota Camry yang merupakan kenderaan keluarga popular di negara Uncle Sam itu.



Ia merupakan model kelima terlaris terutamanya dalam kalangan pelanggan yang tidak berminat dengan SUV dan trak pikap.

Walaupun bukanlah model serba baharu, Camry (2025) merupakan versi facelift yang menerima penambahbaikan major dan kandungan baharu. 

Toyota Camry di Amerika hanya ditawarkan dalam versi hibrid dengan pacuan depan (FWD) dan semua roda (AWD).

ENJIN HIBRID

Janakuasa pula menggunakan enjin yang sama 2.5 liter bersama dua motor elektrik yang menghasilkan kuasa 225hp (FWD) dan 232hp (AWD). Bagaimanapun, perincian enjin masih disimpan rapi. 

Namun, Toyota menyatakan sistem hibrid berkenaan ditala bagi mengurangkan rev enjin yang mana meminimumkan bunyi yang menjengkelkan daripada hibrid Toyota dan Lexus kerana ECVT. 

Bagaimana pula dengan enjin 3.5 liter V6 (301hp) sedia ada?. Buat masa ini, tiada lagi khabar tentang janakuasa tertinggi itu.

Mengambilkira sumbangan jualan hanya 7 peratus manakala 11 peratus adalah daripada hibrid dan selebihnya ICE, ini satu alasan kukuh untuk mengeluarkan V6. 

PENAMPILAN MIRIP CROWN?

Penampilan Camry memiliki beberapa pengaruh Crown menerusi ‘hidung’ depan mirip dengan gabungan muncung Crown dan Prius. Manakala, kabin pula memiliki persamaan dengan Crown.

Kesemua varian mendapat ciri peralatan keyless entry, kawalan pendingin hawa dwi-zon, pengecas telefon tanpa wayar dan pakej keselamatan komprehensif.

Ia termasuk pemantauan titik buta serta amaran lalu lintas belakang. Tetapi varian LE dan SE menerima kluster instrumen digital 7-inci dan skrin infotainmen 8-inci manakala XLE dan XSE mendapat dua paparan bersaiz 12.3 inci.

Camry SE menampilkan aura sporty menerusi pedal aluminium, pedal shifter, gril jejaring hitam dan kanard pada bampar depan.

Turut tersedia spoiler dengan warna badan, diffuser, dua ekzos dan tetapan suspensi lebih keras. XSE pula menampilkan rim 19-inci, kerusi kemasan kulit dengan fungsi pemanas, cermin akustik, lampu ambien dan akses kunci pintar.

Camry (2025) bakal tiba di pengedar Toyota pada musim bunga tahun depan dan harga akan diumumkan pada hari pelancaran. Harga sedan sedia ada itu bermula daripada USD26,420 (RM122,842) 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here