“Walau prestasi macam orang gemuk tengah berlari, body keras” pemilik Preve

573

Jualan Proton Preve telah dihentikan, sehingga kini masih belum ada model ganti bagi mengisi segmen-C tersebut.

Proton hanya ada Persona mewakili sedan segmen B dan Saga untuk segmen A+. Proton Preve pertama kali diperkenalkan pada 2012 mengggantikan Proton Waja.



Namun, jualannya semakin menurun walaupun selepas beberapa pengenalan versi naik taraf bagi meningkatkan daya saing Preve.

Ini kerana kualiti yang tidak dapat ditandingi dan juga keutamaan tempatan bagi segmen B. Sehingga kini masih belum diketahui model rebadge Geely yang bakal menggantikan Proton Preve tersebut.

Kira-kira lima tahun lalu, rakan media Funtasticko melaporkan Prevé bakal digantikan dengan sebuah model sedan dari Geely menggunakan kod FE6, namun butiran lanjut  produk tersebut masih belum diketahui.

Setelah sekian lama di pasaran, seorang TikToker berkongsi kisah sepanjang pemilikan sedan segmen-C tersebut.

Muhammad Noor bin Zakari berkongsi Proton Preve itu digunakan ketika memasuki alam pekerjaan.

“Pernah berlanggar dengan Honda City eh, Honda City remuk depan. Ini masih hanya terluka kecil sahaja.

@dodosentoso

Video ni di rakam pada hari terakhir perkhidmatannya pada mdno. I nangis tauu waktu nak lepaskan dia 😭 #firstcar #keretapertama #carreview #cartour

♬ original sound – Muhammad Noor bin Zakaria – Muhammad Noor bin Zakaria

“Pernah dilanggar Camry takda apa-apa mantap. Pernah dilanggar Volkswagen masih lagi calar sikitje, jangan main-main.

“Walau performance dia macam orang gemuk tengah berlari, lembab aje. Tapi dah maintain dia ok,” jelasnya.

Sepanjang perkhidmatan Preve, Muhammad Noor hanya berdepan masalah pendingin hawa sekali.

“Pecah tayar tiga kali, langgar tembok adalah tiga empat lima kali,” katanya.

Video itu dikongsi sebelum dia melepaskan Preve kesayangannya. Bagaimana pula pengalaman pemilik Preve yang lain?…

1 KOMEN

  1. Proton Preve ini patut diteruskan sebab rekabentuknya sangat cantik dan sporty. Saya rasa bangga kerana ia adalah 100% keluaran anak tempatan. Bagi mengekalkan ia masih releven pada masa ini, ia perlu sedikit penambahbaikan. Cadangan: Selesaikan masalah-masalah preve yang lepas, bagi sedikit facelift, gunakan headlamp led, gunakan kotak gear auto 6 speed dengan pedal shift dari Aisin, gunakan engine turbo yang sama tapi ditala untuk penjimatan minyak dan performance, gunakan rim bersaiz 17 inchi yang lebih sporty dan yang lain seperti ride and handling proton dikekalkan. Harga yang kompetitif di pasaran dan menawarkan pemanduan yang jitu tentu menarik bakal pelanggan proton.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here