4-Fakta pantas Toyota Zenix lancar di Malaysia, harga mula RM165k

900

UMW Toyota Motor rasmi memperkenalkan Toyota Innova Zenix ke pasaran tempatan.

Ada dua pilihan janakuasa ditawarkan:



  • Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV)
  • Enjin Pembakaran Dalaman (ICE) serba baharu 

Janakuasa HEV menggunakan enjin Dynamic Force – empat silinder aspirasi semula jadi M20A-FXS 2.0 liter dengan kuasa 152PS @ 6,000 rpm dan tork 187Nm @ 4,400-5,200rpm bersama kotak gear e-CVT.

Kemudian dipadankan dengan motor elektrik berkuasa 113PS dan 205Nm dengan jumlah keseluruhan output sistem sebanyak 186PS.

Trenkuasa ICE pula menampilkan enjin petrol M20A-FKS 2.0 liter yang menghasilkan kuasa 174PS @ 6,600rpm dan tork 20.9Nm @ 4,500-4,900rpm bersama transmisi CVT. 

Harga:

  • Toyota Innova Zenix 2.0 V : RM165,000
  • Toyota Innova Zenix 2.0 HEV : RM202,000

5-pilihan warna:

  • Platinum White Pearl

  • Silver Metallic

  • Grey Metallic

  • Attitude Black Mica

  • Avantgarde Bronze

Ciri peralatan:

Pesaing kepada Mazda CX-8, Proton X90 dan Kia Sorento ini menggunakan Toyota New Global Architecture (TNGA), khususnya platform GA-C.

Ini sekaligus menawarkan keseronokan pemanduan tiada tandingan yang mengubah arah reka bentuk daripada MPV tradisional kepada crossover dinamik.

Crossover ini dilengkapi dengan ciri terkini misalnya pintu but elektrik yang memudahkan simpanan barang.

Selain itu, varian HEV menampilkan pelbagai ciri premium antaranya bumbung suria, kerusi kapten barisan kedua serta boleh menempatkan hingga tujuh penumpang. 

Bagi varian ICE pula direka untuk memuatkan sehingga lapan penumpang, dengan menawarkan tempat duduk lipat tradisional di barisan kedua.

Model import dari Indonesia ini didatangkan dengan ciri keselamatan pasif Toyota Safety Sense 3.0 (TSS3.0) yang merangkumi:

  • Pre-Collision System (PCS)
  • Lane Departure Alert (LDA) dengan bantuan stereng
  • Lane Tracing Assist (LTA)
  • Dynamic Radar Cruise Control (DRCC)
  • Lampu tinggi auto (AHB)

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here