Guna RON 95, minyak untuk go-kart punca gaduh warga Singapura dań rider p-hailing

643

Pertengkaran antara dua lelaki warga Singapura dengan seorang rider p-hailing di sebuah stesen minyak di Sunway Box, Iskandar Puteri, Johor Bahru yang tular di laman sosial sejak semalam didakwa berpunca salah faham.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, hasil siasatan lanjut berhubung video tular berkenaan mendapati kejadian itu berlaku pada jam 8.37 malam, 16 Jun lalu.



Ujarnya, pertelingkahan itu dipercayai berpunca daripada salah faham apabila pekerja penghantar makanan menegur lelaki warga Singapura mengisi minyak ke dalam tong.

“Hasil siasatan kita mendapati terdapat salah faham, lelaki warga Singapura itu mendakwa mengisi minyak ke dalam tong untuk kegunaan go-kart.

“Semasa kejadian, mereka (lelaki Singapura) belum lagi mengisi minyak sebelum ditegur rider dan berlaku pertelingkahan antara kedua-dua pihak,” katanya.

Rahmat berkata, pengadu iaitu pekerja penghantar makanan tersebut tampil membuat laporan berhubung insiden itu namun menarik balik laporan tersebut.

Terdahulu, tular sebuah video pendek berdurasi satu minit 40 saat menunjukkan dua lelaki dipercayai warga Singapura bergaduh dengan seorang penghantar makanan di sebuah stesen minyak.

Pertelingkahan hampir 10 minit itu bagaimanapun berjaya dileraikan oleh dua anggota polis bantuan yang berada di lokasi kejadian.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here