Toyota Alphard dan Vellfire (2024) lancar di Jepun, harga mula RM154k

1546

Toyota Alphard dan Vellfire (2024) baru saja dilancarkan di Jepun.  Pelanggan di negara matahari terbit itu boleh memilih enjin petrol mahupun hibrid.

Sementara, janakuasa plug in hibrid akan menyusul kemudian.



Seperti mana kita tahu, Alphard memfokuskan pada kemewahan manakala Vellfire ke aram sporty yang mana menggunakan enjin dan teknologi terkini Toyota untuk generasi keempat dan ketiga masing-masing.

Berikut pembaharuan yang ditawarkan pada MPV mewah tersebut:

  • Model baharu ini lebih besar berbanding sebelumnya dengan panjang 5,000mm dan lebar 1,850mm bagi menawarkan ruang kabin yang luas.
  • Perubahan dalam kabin termasuk mengalihkan posisi pemanduan, mereka bentuk semula tempat duduk baris kedua dan kemasan lebih nipis pada bahagian pintu dan barisan ketiga tempat duduk.

  • Alphard dan Vellfire yang dilancarkan adalah 7-kerusi dengan dua di depan, kerusi kapten di tengah dan tiga di belakang.
  • Sebelumnya, lampu, pelbagai suis dan corong pendingin hawa terletak di sepanjang kedua-dua sisi siling. Kini Toyota membangunkan Konsol Overhead Super-Long yang diletakkan di tengah.
  • Ciri lain termasuklah pemijak kaki boleh lipat pada sisi pintu yang memudahkan penumpang masuk dań keluar, bumbung suria, pelindung matahari pada cermin dań kerusi barisan kedua yang direka semula untuk meningkatkan keselesaan.
  • Skrin sentuh 14-inci pada konsol tengah papan pemuka dipinjam daripada model Lexus dan kluster instrumen digital bersaiz 12.3-inci .
  • Toyota menawarkan pelarasan elektrik pada kerusi kapten dengan fungsi pemanas dan penyejukkan.

Kedua-dua MPV mewah itu menggunakan platform pacuan roda dépan TNGA-K seperti mana Toyota RAV4.

Toyota mendakwa Alphard dan Vellfire lebih keras 50 peratus berbanding sebelumnya dan suspensi yang direka semula menawarkan pemanduan lebih senyap dan selesa.

JANAKUASA

Tren kuasa 2.5 liter 4-silinder ditawarkan pada model Alphard yang menghasilkan kuasa 134kW dan tork 235Nm.

Sementara, versi hibrid pula menggabungkan enjin 2.5 liter 4-silinder dengan motor electric 184kW dengan pilihan pacuan roda dépan atau semua roda.

Vellfire didatangkan dengan enjin petrol 2.4-liter turbo 4-silinder yang menghasilkan kuasa 205kW dan tork 430Nm iaitu lebih rendah 16kW dan tambahan tork 69Nm berbanding enjin 3.5-liter V6.

Toyota menjelaskan enjin itu ditala bagi menghantar bunyi sporty.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here