Pewa makin berani pandu kenderaan komersial tanpa lesen

2660

Tindakan berani empat pemandu warga asing (Pewa) yang selama ini membawa kenderaan komersial tanpa lesen memakan diri apabila ditahan pihak berkuasa dalam satu operasi bersepadu.

Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan berkata tindakan tersebut bukan sahaja membahayakan pemandu dan penumpang kenderaan komersial bahkan memberi kesan sangat buruk kepada pengguna jalan raya lain.



“Kita melihat tindakan Pewa membawa kenderaan persendirian atau komersial tanpa lesen merupakan satu kesalahan besar serta sangat serius.

“Ini kerana mereka tidak pernah dilatih menggunakan atau mengendalikan kenderaan di atas jalan raya.

“Ini boleh mengundang risiko besar kepada banyak pihak yang sama-sama menggunakan jalan raya,” katanya semalam pada Operasi Khas Bersepadu Kenderaan Perkhidmatan Awam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). 

Tambah beliau, tindakan Pewa melakukan kesalahan jalan raya dilihat serius apabila sebanyak 2,665 notis kesalahan dikenakan sepanjang tempoh 13 hari operasi bersepadu dilaksanakan bermula 1 November.

Kata beliau, jumlah tindakan yang dikenakan ke atas kumpulan Pewa itu dilihat sangat serius dan membimbangkan.

Sehubungan itu katanya, operasi berterusan akan dilaksanakan bagi memburu Pewa yang melakukan kesalahan jalan raya.

Dalam pada itu, menurut beliau, sebanyak 224,616 kenderaan diperiksa menerusi Ops Patuh Bersepadu bermula 1 hingga 13 November.

Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 21,327 dikenakan tindakan notis saman JPJ (P) 22 di atas pelbagai kesalahan, manakala sejumlah 717 kenderaan disita.

1 KOMEN

  1. AlhamduliLlah, usaha yg sama harus dipertingkatkan, bersepadu dgn pihak Imigresen, selaij memberi notis yg tidak.memberi apa2 kesan kpd warga asing. seharusnya status keberadaan mereka juga harus disiasat, adakah mereka berpermit atau mempunyai dokumen perjalanan. Ini kerana setiap kali diadakan operasi. oleh Imigresen, majoriti warga asing telah tampat tempohari permit. tiada permit, tiada dokumen perjalanan dsbnya. sebaiknya ditahan dan dihantar balik kerana tidak menghornati pelbagai undang2 negara

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here