Peugeot Boxer FT diubah jadi rumah bergerak, menangis mak-mak tengok ni!

2380

Di luar negara, ianya menjadi kebiasaan untuk mempunyai sebuah motorhome atau reacreational vehicle (RV) atau camper.

Kenderaan seperti van atau trak kecil dengan perkakas penuh seperti dalam sebuah rumah digunakan untuk mereka yang tidak suka duduk di suatu tempat tetap, dan ada juga yang disewa beberapa hari jika merantau atau melakukan road trip.



Bagi Ash, dia mengubahsuai Peugoet Boxer FT ini yang biasanya digunakan sebagai van penghantaran (sama seperti Toyota Hiace atau Ford Transit di sini) untuk dijadikan motorhome persendirian.

Dinamakan Vera, Ash memberikan sentuhan menarik kepada motorhome ini dengan perkakasan dan ruang dalaman yang didekorasi dengan tema klasik! Segala kelengkapan, dinding, paip dan panel diberikan penelitian yang terprinci.

Ruang dalaman Vera ini walaupun tidak sebesar rumah biasa, namun tetap nampak sangat selesa dan kami tidak kisah tinggal di sini!

Ia bukan sahaja boleh buatkan anda yang menyewa apartment berfikir untuk buat seperti ini, malah mak-mak anda tengok pun pasti menangis!

Berikut adalah senarai kelengkapan dan spesifikasi perkakasan pada Vera seperti yang dikongsi oleh Ash:

  • Dapur Salamder (The Hobbit)
  • Gril dan ketuhar Smev
  • 2 ring Hob
  • Peti ais dengan compressor 12V
  • Pemanas air Farolli
  • Sinki gangsa 5kg dengan paip panas dan sejuk
  • Tangki gas 25L
  • Panel solar 200W
  • Pengecas solar
  • Tangki air 150L dengan tolok Wema
  • 2x bateri 110ah
  • Pengawal pengecas B2B
  • Pengecas generator 3 peringkat
  • Inverter untuk soket 240V
  • Awning F65S Fiamma
  • Awning untuk bilik peribadi Fiamma
  • Tempat mandi luar sejuk dan panas

Jamu mata anda dengan gambar-gambar terperinci Vera ini yang diambil oleh Simon  Billing Photography.

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here