Bekalan komponen, alat ganti kenderaan dan industri automotif global dijangka terjejas

3491

Industri automotif global termasuk Malaysia mungkin berdepan masalah kekurangan bekalan komponen dan alat ganti jika penutupan kilang pengeluaran utama di beberapa wilayah di China berlarutan.

Bekalan komponen dan alat ganti

Penganalisis berkata, penutupan kilang pengeluaran komponen automotif lebih lama, misalnya lebih daripada sebulan, akan memberi kesukaran khususnya dari segi stok bekalan komponen dan alat ganti. Meskipun peserta industri lazimnya memiliki penampan inventori untuk tempoh sehingga dua bulan.



Penganalisis MIDF Research, Hafriz Hezry, berkata terdapat beberapa pengeluar tempatan berpotensi menerima kesan disebabkan penutupan berterusan kilang pengeluaran di China ekoran penularan virus Corona.

Katanya, Proton Holdings Bhd (PROTON) dan Sime Darby Bhd menjadi dua peserta industri yang dilihat bakal menerima impak. Memandangkan ia memiliki hubungan langsung industri automotif China.

“PROTON memiliki model import sepenuhnya (CBU) Proton X70 dari kilang Geely di China. Meskipun model ini mula dipasang di Malaysia (CKD), kebanyakan bahagian dan komponen masih dibawa masuk dari China. Bagaimanapun, buat masa ini Geely belum menghentikan sepenuhnya operasi kilangnya.

“Bagi Sime Darby, syarikat ini pula memiliki operasi pengedaran di China menerusi jenama BMW, MINI, Lamborghini, Rolls Royce dan McLaren,” katanya.

Sime Darby juga adalah pengedar jenama Hyundai yang dilaporkan terpaksa menghentikan operasi di kompleks Ulsan, Korea Selatan disebabkan kekurangan komponen dari China.

Hafriz berkata, pilihan alternatif bagi pengeluar Malaysia adalah mengimport bekalan sementara dari sumber lain dalam jumlah dan masa terhad. Namun ia berkemungkinan meningkatkan kos.

Virus Corona yang semakin merebak pada beberapa wilayah di China

 

Dalam pada itu krisis kesihatan itu juga sudah merebak ke wilayah lain, justeru akan meningkatkan kemungkinan penutupan kilang pengeluaran dilanjutkan.

Berdasarkan situasi itu, ia berisiko menjejaskan bekalan komponen sekali gus menjadikan rantaian nilai automotif menerima kesan.

Sepatutnya, kilang pengeluaran di China dibuka semula minggu lalu selepas cuti Tahun Baharu Cina. Namun kerajaan mengarahkan ia terus ditutup sehingga 10 Februari membabitkan beberapa wilayah terjejas.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here