Ducati Superleggera V4 yang berharga RM414k, kenapa mahal sangat?

6953

Ducati memperkenalkan superbike Ducati Superleggera V4 yang terhad kepada hanya 500 unit yang dikeluarkan di seluruh dunia.

Harga ditawarkan ialah USD100,000 (kira-kira RM414,000). Jadi dengan harga sebegitu, apakah keistimewaan superbike ini?

Ducati Superleggera V4



Ducati Superleggera V4 dikuasakan oleh enjin 998cc V-four yang mampu menghasilkan 231hp dan disertakan dengan sistem ekzos Akrapovic untuk kegunaan litar perlumbaan. Jentera ini juga masih menghasilkan 220hp untuk spesifikasi jalan raya biasa. 

Ducati Superleggera V4

Ducati mencipta Superleggera V4 sebagai motosikal keluaran pertama di dunia dengan struktur ringan yang diperbuat daripada gentian karbon. Antara komponen yang terlibat dalam struktur ini ialah rangka badan, subframe, roda dan swingarm.

Ducati Superleggera V4

Ini akan menjadikan motosikal ini menonjol dengan sayap gentian karbon aerodinamik yang kelihatan tajam pada fairings yang menghasilkan pengurangan berat sebanyak 50kg.

Ciri ini berguna untuk meningkatkan kestabilan membelok hingga kelajuan 270km/j. Ia juga mampu mengurangkan kemungkinan roda terangkat ketika berada dalam kelajuan yang tinggi. 

Secara keseluruhannya, Ducati Superleggera V4 hanya mempunyai berat 159kg untuk model standard dan 152.2 kg untuk jenis Racing Kit, yang memberikan nisbah power-to-weight terbaik pada setiap motosikal mengikut undang-undang jalan raya.

Pada bahagian lain, superbike ini disertakan dengan sistem suspensi Ohlins ringan, penyerap hentak titanium, dan injap dari spesifikasi perlumbaan. Komponen ini berfungsi untuk meningkatkan redaman semasa pemampatan awal.

Terdapat juga brek Brembo dan penutup radiator khas yang diperbuat daripada pepejal aluminium dan kunci baru yang menunjukkan nombor casis bagi setiap motosikal.

Ducati hanya menghasilkan 500 unit motosikal ini dengan penghantaran pertama bermula pada bulan Jun 2020.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here