6 koleksi kereta perlumbaan Lancia yang rare ini akan dijual dengan harga RM31 juta

2189

Enam koleksi kereta perlumbaan Lancia yang menakjubkan akan dijual oleh syarikat Girardo and Co. Kereta-kereta ini dianggarkan mempunyai nilai gabungan sebanyak USD7.5 juta atau bersamaan dengan RM31 juta. 

kereta perlumbaan Lancia

Menurut Carscoops, koleksi kereta perlumbaan Lancia ini adalah milik seorang pengusaha dan pelumba iaitu John Campion. Jentera yang akan dijual adalah terdiri daripada tiga kereta lumba dan tiga kereta rally.



kereta perlumbaan Lancia

Senarai barisan kereta lumba ialah Lancia Beta Montecarlo Turbo Group V 1981 (pelumba Le Mans), Lancia LC1 Group VI yang dipandu oleh Michele Alboreto, Ricciardo Patrese dan Teo Fabi.

Seterusnya ialah LC2 Group C, yang berada di kedudukan utama dalam perlumbaan 1,000km Kyalami 1984.

kereta perlumbaan Lancia

Untuk kereta rally, satu daripada 20 unit Lancia 037 Rally Evo 2s juga akan turut dijual. Kemudian Lancia Delta S4 Corsa Works yang memenangi acara perlumbaan Rally 1000 Miglia 1968, dan Lancia Delta HF Integrale 8V Group yang dipandu oleh Miki Biasion ketika memenangi Rallye de Portugal dan Olympus Rally pada tahun 1968 dan 1988.

Beta Montecarlo Turbo Group V 1981(atas) dan LC1 Group VI 1982 (bawah)

Harga kesemua jentera ini belum diumumkan secara rasmi kepada orang ramai. Beta Montecarlo Turbo Group V 1981 dan LC1 Group VI 1982 belum lagi ditawarkan dan nampaknya koleksi itu akan diasingkan dan tidak dibeli oleh pembeli tunggal.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here