Bas Smart Selangor, PJ City Bus henti operasi buat sementara waktu

2055

Bas Smart Selangor dan PJ City Bus dihentikan operasi buat sementara waktu bermula hari ini sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Tindakan ini susulan daripada penularan wabak Covid-19, kata EXCO kerajaan tempatan.

Bas Smart Selangor PJ City Bus

Ng Sze Han berkata penangguhan perkhidmatan melibatkan 138 bas membabitkan 43 laluan bagi Bas Smart Selangor manakala PJ City Bus pula melibatkan 32 bas dengan enam laluan.



“Tindakan itu adalah wajar bagi mengurangkan pergerakan orang awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

“Kerajaan Negeri amat mengharapkan kerjasama penduduk untuk mematuhi arahan kerajaan bagi mencegah penularan wabak ini di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here