Diskaun hingga 50 peratus jika anda bayar saman guna e-Payment bermula Rabu ini

2318

Orang ramai boleh menikmati diskaun saman sehingga 50 peratus apabila polis melancarkan kempen pembayaran saman secara online (dalam talian) atau e-Payment selama lima hari bermula Rabu ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata kempen itu dilaksanakan sempena Hari Polis ke-213 dan diskaun diberikan untuk saman-saman tertentu sahaja.



“Kempen ini bertujan menggalakkan orang ramai membayar saman secara e-Payment berikutan penutupan kaunter bayaran saman di Ibu Pejabat Polis seluruh negara sejak 18 Mac lepas,” katanya.

Beliau juga berkata ini merupakan langkah JSPT bagi menggalakkan orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan untuk mengekang wabak Covid-19.

“Ini juga sebagai langkah meringankan beban yang ditanggung oleh orang ramai,” katanya.

Pembayaran saman boleh dilakukan menerusi portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here