Bank Negara Malaysia luluskan penangguhan bayaran balik pinjaman automatik

1610

Bank Negara Malaysia (BNM) membenarkan pelanggan perbankan, termasuk individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menangguhkan pembayaran balik pinjaman sedia ada mereka, termasuk gadai janji dan sewa beli.

Bank Negara Malaysia

Hal ini juga termasuk bayaran bagi pinjaman untuk gadai janji (mortgage) dan juga sewa-beli (hire-purchase), sehingga enam-bulan. Ia merupakan langkah tambahan BNM untuk mengurangkan beban perniagaan dan isi rumah yang dijangka terkesan oleh penularan Covid-19.



Bank Negara Malaysia berkata moratorium automatik itu akan berkuat kuasa mulai 1 April ini dan sah kepada pinjaman atau pembiayaan yang didominasi oleh mata wang ringgit, dan tiada tunggakan melebihi 90 hari.

“Institusi perbankan perlu menyediakan individu dan peminjam PKS dengan maklumat yang mencukupi mengenai bagaimana pembayaran pinjaman dan pembiayaan yang ditangguhkan akan dilaksanakan dalam tempoh itu,” kata kenyataan yang dikeluarkan.

Walau bagaimanapun, bagi baki kad kredit yang belum dijelaskan, BNM berkata pelanggan perlu ditawarkan pilihan untuk menukar baki tertunggak kepada pinjaman jangka masa tidak melebihi tiga tahun.

BNM juga menyatakan, bagi peminjam korporat, institusi perbankan sangat digalakkan untuk memudahkan permintaan moratorium berkenaan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here