Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April

1359

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April ini susulan kes positif COVID-19 masih berlaku.

Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan itu dimaklumkan lebih awal supaya memberi ruang kepada rakyat untuk membuat persediaan awal.



“Saya diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara, pola semasa menunjukkan kes positif COVID-19 yang baharu masih berlaku.

“Pola ini dijangka akan berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes-kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan PKP bagi satu tempoh yang lebih lama,” katanya.

Muhyiddin berkata, tempoh lanjutan kuat kuasa PKP akan dikaji dari semasa ke semasa.

Perdana Menteri berkata, sebarang keperluan untuk melanjutkan tempoh PKP itu, yang setakat ini dijadual berakhir pada 14 April akan diumumkan kemudian.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here