PDRM kutip RM5.6 juta bayaran saman trafik secara online selepas diskaun

1760

Kira-kira RM5.6 juta bayaran saman trafik berjaya dikutip pada hari pertama kempen pembayaran saman secara dalam talian dengan pemberian diskaun dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 saman trafik

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata kempen bayaran saman trafik selama lima hari bermula semalam itu mendapat sambutan menggalakkan kerana orang ramai akan menikmati diskaun saman sehingga 50 peratus untuk saman-saman tertentu.  



Katanya, semua saman layak mendapat diskaun kecuali saman kemalangan tahun 2019 dan 2020, saman dalam perbicaraan, saman Op Selamat 2019 dan 2020, saman berstatus non compaundable, saman berstatus mahkamah, dan saman berstatus waran tangkap tahun 2019 serta 2020. 

“Orang ramai yang mempunyai tunggakan saman diminta mengambil peluang untuk membuat pembayaran saman secara dalam talian di rumah.

“Apabila kempen ini tamat, orang ramai perlu membayar saman mengikut kadar biasa yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata kaunter bayaran saman di Ibu Pejabat Polis seluruh negara akan ditutup sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

“Dalam tempoh pelaksanaan PKP, semua urusan pembayaran saman hanya boleh dibuat secara dalam talian,” katanya.

Beliau berkata pelaksanaan kempen itu merupakan langkah JSPT bagi menggalakkan orang ramai mematuhi PKP yang dilaksanakan untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

Pembayaran saman boleh dilakukan menerusi portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here