Tiada cermin depan, tapi McLaren Elva ini guna teknik aerodinamik untuk pastikan anda selesa memandu

1889

McLaren Elva merupakan model terkini dalam Ultimate Series dari pengeluar British itu. Model-model lain dalam siri Ultimate sebelum ini adalah F1, P1, Senna dan Speedtail.

McLaren Elva ini berkongsi banyak ciri dengan McLaren-Elva M1A dari tahun 1960an, termasuklah rekaan badannya.



Elva ini pastinya mempunyai segala yang diperlukan sebagai sebuah McLaren; enjin 4.0-liter V8 twin-turbo dengan 804hp, pecutan 0-100 bawah 3 saat, dan kepuasan pemanduan maksima yang hanya McLaren Ultimate Series boleh berikan.

Tapi walaubagaimanapun, Elva ini kekurangan satu benda penting untuk melindungi anda dari pemanduan berkelajuan tinggi, iaitu cermin depan.

“Habis tu macam mana nak pandu laju dengan lenjan V8 twin-turbo tu kalau angina terkena muka?” anda mungkin tertanya-tanya.

McLaren menerangkan kejuruteraan di sebalik badan Elva yang tidak mempunyai cermin ini dalam satu video yang dimuatnaik di laman Facebook mereka.

Dengan aerodinamik dan corong udara di atas hud Elva, McLaren membentuk satu “buih” udara di kawasan kabin.

Video itu juga menunjukkan apabila anda memandu semakin laju, terdapat satu deflector yang naik sehingga 5.9-inci, melindungi pemandu dan penumpangnya tidak terusik langsung oleh angin.

Ya, walaupun anda baru balik dari buat rambut di salon, jangan risau untuk memandu McLaren Elva ini dengan laju dalam perjalanan balik ke rumah.

Jadi, itulah teknologi yang anda dapat dari supercar berharga USD1.7 juta (RM7.36 juta). Agak menarik.

Hanya 399 unit McLaren Elva akan dihasilkan, dan penyerahan dijangka bermula hujung tahun ini.

How the Elva keeps you comfortable at 70mph without a windscreen

Welcome to McLaren Tech Club, a series of short films you can enjoy in your own home. Join us weekly for a behind the scenes look at the incredible technology in our cars.Tech Club is for those who want to take their automotive knowledge further, delve deeper and get to the core of what every McLaren car is about – using technology to help deliver the incredible driving experiences for which the pioneering supercar company is renowned worldwide. This week, we kick things off with the just launched McLaren Elva. An incredible car, with its world first ‘Active Air Management System’ which uses aerodynamics to deliver a comfy drive at 70mph, without a windscreen.’ Who better to take you through this new tech than McLaren Automotive’s Design Engineering Director, Dan Parry Williams. Want to know more about #McLarenTechClub – post your questions below and each week the videos’ presenter will respond and react to them. Dive into the conversation on social using #McLarenTechClub and we will respond.

Posted by McLaren Automotive – The Official Page on Tuesday, March 24, 2020

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here