Semua penumpang KTM ETS 9173 diminta buat saringan kesihatan di hospital

193

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) menyeru semua penumpang tren elektrik (ETS) No. 9173 membuat saringan kesihatan di hospital berdekatan jika terdapat gejala berkaitan Covid-19.

saringan kesihatan

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kamarulzaman Zainal berkata ini kerana salah seorang mangsa wabak itu telah menaiki tren tersebut dari Stesen Butterworth ke Stesen Kuala Lumpur Sentral pada 7 Mac lepas.

“Warganegara Malaysia berusia 70 tahun itu merupakan mangsa ke-11 yang diumumkan meninggal  dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan.

Kamarulzaman berkata pihaknya telah menghentikan serta-merta perkhidmatan tren terbabit dan kerja-kerja disinfeksi sepenuhnya telah dilakukan ke atas tren tersebut serta semua tren ETS lain, bagi keselamatan para penumpang dan kakitangan.

“Semua petugas syarikat yang berada di dalam tren serta stesen-stesen terlibat juga telah diarahkan untuk membuat ujian saringan kesihatan,” katanya.

KTMB akan terus memantau pengoperasian tren-trennya dan sentiasa melaporkan perkembangan semasa tersebut kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Orang ramai disaran untuk mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman rasmi media sosial di Facebook (KTM Berhad), Twitter (@ktm_berhad), portal rasminya di www.ktmb.com.my atau menghubungi talian pusat panggilan di 03-22671200 bagi sebarang perkembangan terkini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here