PKP: Pihak Proton beri lanjutan tempoh waranti

1514

Berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan di seluruh negara, pihak Proton ingin memberi penerangan mengenai isu berkaitan servis dan waranti produk mereka.

Antara penerangan tersebut ialah:



1. Waranti yang tamat tempoh semasa tempoh PKP akan dilanjutkan kepada 1,000km atau 30 hari selepas hari terakhir PKP.

2. Berikutan penutupan semua pusat servis Proton sepanjang tempoh PKP, semua waranti masih sah dan boleh digunakan meskipun kenderaan tersebut telah melepasi tempoh servis yang disarankan. Pelanggan dinasihatkan untuk menyelenggara kenderaan mereka dalam tempoh 30 hari selepas hari terakhir PKP untuk memastikan waranti kenderaan mereka masih aktif.

3. Pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi pusat servis Proton bagi membuat temu janji dalam tempoh 15 hari dari tarikh berakhirnya tempoh PKP.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian khidmat pelanggan Proton di 1800-88-8398 atau emel kepada customercare@proton.com.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here