Covid-19 batalkan hasrat Cal Crutchlow untuk bersara setelah tamat musim MotoGP 2020

1786

Selain Valentino Rossi, Cal Crutchlow juga merupakan pelumba yang merancang untuk bersara selepas berakhirnya musim MotoGP 2020.

Ingin mempunyai banyak masa bersama keluarga dan faktor fizikal mulai lemah kerana kecederaan antara sebab pelumba pasukan LCR Honda Castrol tersebut merancang untuk bersara.



Sama seperti Rossi, Cal Crutchlow juga mahu melihat prestasinya dalam beberapa perlumbaan awal musim 2020 sebelum memutuskan sama ada untuk terus berlumba atau bersara.

Walau bagaimanapun, kerana pada masa ini saingan MotoGP belum bermula disebabkan penularan pandemik Covid-19, Crutchlow mempunyai pandangan lain.

“Saya juga tidak merancang untuk menjadi test rider kerana saya tidak memikirkan untuk bersara sekarang,” kata Crutchlow.

“Saya fikir jika perlumbaan MotoGP musim 2020 dimulakan, kami akan menilai keadaan, kelajuan dan keinginan untuk terus bersaing dan menentukan sama ada saya akan beraksi atau bersara pada musim MotoGP 2021,” jelasnya.

Cal Crutchlow

Menurut Crutchlow, dia ingin segera berlumba pada ketika ini.

Hal ini menyerupai kata-kata bos pasukannya, Lucio Cecchinello, yang menilai bahawa waktu rehat yang lama dalam persaingan ini dapat membuat para pelumba lebih bersemangat untuk bersaing.

“Jadi sekarang saya tidak fikirkan untuk bersara, dan saya tidak sabar untuk berlumba lagi dan memberi saingan yang sengit kepada pelumba lain,” jelas pelumba kelahiran United Kingdom tersebut.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here