Sempoi hantar makanan guna Harley-Davidson Street Glide

2833

Ibnu Robi Ahmad, seorang rider FoodPanda mencuri tumpuan ramai apabila menggunakan motosikal berkuasa tinggi model Harley-Davidson Street Glide untuk menghantar makanan yang dipesan oleh pelanggan.

 Harley-Davidson Street Glide

Ibnu Robi, yang menetap di Kampung Likas, Kota Kinabalu, Sabah berkata, ada juga pelanggan yang mengajaknya bergambar hanya kerana dia datang menunggang motosikal berkuasa tinggi itu.



Dia juga berkata, pekerjaan ini dilakukan secara sambilan sejak tiga minggu lalu bagi menghilangkan bosan ketika seluruh rakyat Malaysia kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain itu, dia juga berkata ingin membantu orang ramai membeli dan menghantar makanan yang dipesan tanpa perlu keluar dari rumah.

Menurutnya, lazimnya, dia akan mengambil dan menghantar pesanan bermula jam 11 pagi. Namun, waktu bekerja dianjak pada sebelah petang sehingga jam 5 petang sejak 1 Ramadan.

https://www.facebook.com/abdulrahmanfrancis.abdullah/videos/3405780022784701/

“Seronok kerana ada ketikanya, saya dapat menghantar makanan dipesan petugas kesihatan di hospital.

“Secara tidak langsung, saya dapat menyediakan keperluan untuk mereka yang bekerja keras demi keselamatan orang ramai.

“Lucunya apabila ramai yang ajak saya bergambar tidak kurang juga curi-curi mengambil gambar dari dalam kenderaan mereka ketika di jalan raya mungkin kerana hairan melihat kotak makanan di belakang motosikal,” katanya yang juga pemilik bengkel motosikal berkuasa tinggi, Bikers Garage dan restoran sate.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here