Bekerjasama dengan Arctic Trucks, Nissan Navara Off-Roader AT32 ini pesaing sebenar Ford Ranger Raptor

1790

Kali pertama diperkenalkan pada tahun 2018, Nissan Navara Off-Roader AT32  merupakan salah satu jentera yang mampu menyaingi trak pikap idaman ramai iaitu Ford Ranger Raptor.

Navara Off-Roader AT32

Menurut Nissan, model untuk pasaran Eropah itu kini telah dinaik taraf. Ia kini bukan sahaja lebih efisyen malah lebih sedap dipandu dengan kebolehan off-road yang dipertingkatkan.



Nissan telah menjalinkan kerjasama dengan Arctic Trucks, sebuah syarikat yang pakar dalam talaan trak untuk menghadirkan Navara Off-Roader AT32 yang kini dilengkapi dengan plat perlindungan bawah badan (underbody) yang diperbuat daripada aluminium ringan.

Jentera ini juga disediakan dengan tayar Nokian bersaiz 31.6 inci, yang disertakan bersama rim aloi berwarna hitam satin. Bagi membolehkan penyesuaian angin pada tayar dilakukan dengan lebih pantas, rim jentera ini disertakan dengan injap berkembar, untuk persediaan bagi menghadapi bentuk permukaan jalan yang pelbagai.

Seperti model sebelum ini, Navara Off-Roader AT32 juga disediakan dengan gerbang roda yang lebar serta sistem suspensi Bilstein. Kedua-dua komponen ini disediakan untuk pemanduan ‘all terrain‘. 

Navara Off-Roader AT32

Selain itu, untuk menjadikan rupa bentuknya lebih menarik, jentera ini juga turut disertakan dengan lencana khas pada bahagian hadapan, gerbang roda, pemijak sisi, tailgate dan pelindung lumpur.

Tidak dilupakan, ciri-ciri untuk bantuan pemandu turut disediakan iaitu Hill Start Assist, Hill Descent Control, Intelligent Emergency Braking dan Intelligent Around View Monitor.

Aksesori tambahan juga disediakan kepada pelanggan, iaitu ‘differential’ yang telah ditala khas untuk memberikan tahap cengkaman yang lebih tinggi pada gandar hadapan.

Nissan juga menawarkan snorkel yang boleh digunakan untuk menambah kedalaman meredah air kepada 800mm.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here