Baru beberapa minit di tangan pemilik, Genesis G80 2021 rosak teruk akibat kemalangan

1968

Nasib malang dialami oleh seorang lelaki dari Korea Selatan apabila kereta mewahnya, Genesis G80 2021 yang baru dibeli terbabit dengan kemalangan.

Genesis G80 2021

Tempoh kegembiraan yang dialami pemilik kereta ini sangat singkat. Dalam gambar yang dikongsi oleh akaun Twitter @kiailove5, kelihatan bahagian sebelah kanan kereta itu rosak teruk termasuk fender, cermin sisi dan pintu. 



Kejadian malang ini mungkin jarang berlaku. Apa yang lebih malang, kejadian terbabit dilaporkan berlaku hanya beberapa minit selepas kereta itu berada di tangan pemiliknya.

Tiada maklumat lanjut mengenai bagaimana kemalangan itu berlaku. Melihat kepada kerosakan, kereta itu nampaknya memerlukan kos baik pulih yang besar.

Tetapi jika dilihat dari kerosakan, berkemungkinan ada kenderaan lain telah melanggar bahagian sisi kereta dan pemandu kereta ini mungkin tidak bersalah.

Untuk maklumat, Genesis G80 2021 ditawarkan dalam dua varian. Versi standard dilengkapi dengan enjin 2.5-liter turbo empat silinder sebaris yang mampu menghasilkan sehingga 304hp dan 421Nm tork. 

Manakala satu lagi varian dengan menggunakan rangkaian kuasa lebih besar. Ia menggunakan enjin V6 3.5-liter turbo yang mampu menghasilkan sehingga 380hp dan 530Nm tork.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here