Pengguna Jambatan Pulau Pinang diberi diskaun tol 20 peratus jika guna RFID

2825

Diskaun 20 peratus akan diberikan kepada pengguna Jambatan Pulau Pinang yang memandu kereta persendirian dengan menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) sebagai kaedah pembayaran tol mulai pertengahan Julai ini.

 diskaun tol 20 peratus

Pengurus Perniagaan Wilayah Utara PLUS Malaysia Berhad, Wan Ahmad Awang, berkata diskaun tersebut diberikan kepada rakyat Pulau Pinang dan warga kerja di negeri itu.



Beliau berkata butiran lanjut mengenai permohonan diskaun itu akan diumumkan PLUS dan pihak Touch ‘n Go Sdn Bhd tidak lama lagi.

Wan Ahmad berkata, penggunaan RFID membolehkan pengguna menambah nilai secara dalam talian melalui e-Dompet dan kaedah itu tidak memerlukan pengguna berinteraksi dengan jurutol sekaligus mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Beliau berkata pada masa ini, bayaran tol bagi pengguna RFID di Jambatan Pulau Pinang ialah RM5.74 dan selepas diskaun 20 peratus, mereka hanya perlu membayar kadar baharu iaitu RM4.59.

Katanya ketika ini, kadar RM4.59 hanya dinikmati pemilik kad Touch ‘n Go yang menerima diskaun khas dan merupakan penduduk serta warga kerja di Pulau Pinang yang menggunakan jambatan itu.

Wan Ahmad turut memaklumkan sistem kutipan tol menggunakan RFID akan dilaksanakan di laluan Hutan Kampung-Sungai Dua pada pertengahan Julai namun tiada diskaun ditawarkan di laluan itu. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here