Covid-19: UMW Toyota sambut baik inisiatif pengecualian cukai industri automotif, harga bakal turun

1436

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) menyambut baik pengumuman insentif yang diberikan kepada industri automotif Malaysia.

Insentif tersebut merupakan sebahagian dari Rancangan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek oleh pihak kerajaan untuk mengimbangi kesan pandemik Covid-19.



Kerajaan akan memberikan pengecualian cukai jualan untuk pembelian kenderaan baru antara 15 Jun hingga 31 Disember 2020.

“Ini merupakan berita baik untuk industri automotif dan kami berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana membantu sektor ini. Kami berharap, penurunan harga akan membantu menghidupkan semula industri automotif, ”kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Ravindran berkata, UMW Toyota sudah mempunyai model baru yang dirancang akan diperkenalkan pada tahun ini. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here