Mekanik ditahan guna nombor plat orang lain untuk elak motosikal ditarik

2044

Padah menggunakan nombor plat orang lain, seorang mekanik ditahan pihak polis kerana ingin mengelakkan motosikalnya ditarik.

nombor plat orang lain

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof, berkata suspek berusia 33 tahun itu dipercayai menggunakan nombor pendaftaran motosikal milik kakak iparnya berikutan bayaran ansuran motosikal jenis Honda yang dinaikinya itu tertunggak beberapa bulan.



“Anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Arau sedang melakukan Op Pelbagai di sekitar daerah Arau sebelum terserempak suspek dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 5.30 petang.

“Pihak polis menahannya dan melakukan pemeriksaan ke atas suspek dan motosikalnya sebelum mendapati nombor pendaftaran yang dipamer pada motosikal terbabit didaftarkan atas motosikal jenis lain,” katanya.

Nanda berkata, selepas disoal siasat, akhirnya lelaki itu mengaku bahawa tindakan terbabit sengaja dilakukan bagi mengelak motosikalnya ditarik berikutan bayaran ansurannya tertunggak.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof

“Walaupun kesalahannya itu nampak remeh, namun tindakan terbabit boleh dikenakan hukuman denda yang maksimum atau penjara mengikut Seksyen 108(3)(F) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pihak kami menahan suspek bagi membantu siasatan dan berkemungkinan akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here