Covid-19: Lexus tunda pelancaran global Lexus IS 2021 yang sepatutnya berlangsung pada 9 Jun

1352

Lexus mengumumkan bahawa mereka akan menangguhkan tarikh pelancaran model terbaru mereka iaitu Lexus IS 2021.

Masih tidak dapat dipastikan kenapa syarikat pengeluar dari Jepun tersebut berbuat demikian, namun ada sumber mengatakan ianya berpunca dari keadaan global kini yang dilanda pandemik Covid-19.

Lexus IS 2021



Pada 1 Jun yang lalu, Lexus mengatakan bahawa mereka akan mengumumkan dan memperkenalkan Lexus IS 2021. Perkara ini mengejutkan ramai, kerana tidak terdapat sumber yang mengatakan kereta tersebut telah diuji di jalan raya (spy shots).

Walaupun tiada gambar spy shots kereta ini, syarikat tersebut telah mendedahkan bahagian belakang kereta tersebut. Ianya dilengkapi dengan lampu belakang yang lebar, sesuai dengan kelasnya yang akan bersaing dengan kereta seperti BMW 3 Series dan Mercedes C-Class.

IS 2021 berkemungkinan akan menggunakan platform TNGA-L terbaru dari Toyota. Untuk bahagian enjin, terdapat beberapa khabar angin mengatakan ia menggunakan enjin V8 5.0-liter naturally aspirated.

Terdapat juga khabar angin mengatakan kereta ini akan dikuasakan oleh enjin V6 3.5-liter dari Lexus LS 500 yang mampu menghasilkan sehingga 416hp dan 600Nm tork.

Nota kaki: “Tak payah pening-pening, kita tunggu jer pengumuman rasminya nanti.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here