Suzuki Hayabusa Sport Prototype (HSP) – Kereta guna enjin Hayabusa yang kian dilupakan

3123

Bercakap mengenai motosikal sport, rata-rata peminat dunia motosikal menganggap Suzuki Hayabusa sebagai raja. Sejak diperkenalkan pada tahun 1999, Hayabusa digelar sebagai motosikal street legal paling pantas selama bertahun-tahun.

Suzuki Hayabusa Sport Prototype

Tetapi rekod itu baru saja diatasi oleh Kawasaki H2, yang diperkenalkan beberapa tahun sebelum ini. Selain itu, Suzuki juga pernah mengeluarkan sebuah kereta konsep yang juga diberi nama Hayabusa.



Kereta yang diberi nama Suzuki Hayabusa Sport Prototype (HSP) pertama kali diperkenalkan di Tokyo Auto Salon pada tahun 2002.

Difahamkan nama Hayabusa pada kereta ini diinspirasikan dari kejayaan Suzuki GSX-R1300R Hayabusa.

Suzuki Hayabusa Sport Prototype merupakan bentuk street legal dari kereta lumba yang bernama Formula Suzuki Hayabusa, dimana bentuknya seperti kereta lumba. Konsep badan kereta ini pula disebut sebagai “TVR versi Jepun”.

Suzuki Hayabusa Sport Prototype

TVR merupakan syarikat pengeluar kereta sport high-end yang sinonim dengan penghasilan kereta yang ringan tetapi mempunya berprestasi tinggi.

Jadi, tidak pelik jika Suzuki Hayabusa Sport Prototype mempunyai bentuk badan yang unik dengan berat 550kg sahaja.

Kereta ini turut dikuasakan oleh enjin yang sama seperti Suzuki GSX-R1300R Hayabusa, yang mampu menghasilkan sehingga 175hp dan 138Nm tork.

Disertakan pintu dengan gaya gullwing, kereta ini kelihatan sangat unik kerana dimensinya yang agak kecil. Dengan panjang 3.79 meter, lebar 1.76 meter dan tinggi 1.1 meter, sudah tentu kereta ini dapat digunakan dengan selesa di kawasan bandar.

Sayang sekali, Suzuki tidak pernah merancang untuk menghasilkan pengeluaran untuk kereta ini.

Sumber: Motor1.com, Otomania.gridoto.com

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here