6 selebriti yang tidak dibenarkan untuk beli kereta Bugatti

27274

Bugatti adalah syarikat pengeluar supercar terkemuka di dunia. Seperti syarikat pengeluar kereta eksotik yang lain seperti Ferrari dan Lamborghini, mereka mempunyai senarai khas individu yang dibenarkan atau tidak dibenarkan untuk membeli produk mereka.

Individu yang berada dalam senarai mereka juga terdiri dari selebriti dengan nama besar dalam dunia hiburan. Apa yang Bugatti inginkan dari pemilik produk mereka ialah seseorang yang mewakili jenama dengan baik, seseorang yang sering memandu produk mereka, dan seseorang yang akan menjadi pelanggan seumur hidup mereka.



Namun, tidak semua orang dapat mematuhi tetapan yang ditetapkan oleh Bugatti. Terdapat beberapa selebriti terkenal yang dilarang membeli produk kerana beberapa sebab.

Antara selebriti tersebut adalah:

  1. Jenson Button 

Jenson Button adalah bekas pemandu Formula 1, yang mempunyai perjanjian dengan Bugatti setelah dia membeli sebuah produk dari mereka iaitu Bugatti Veyron dan berkongsi tentang pembelian tersebut kepada peminatnya. Tetapi perkongsian itu hanya bertahan dalam beberapa tahun.

Pada tahun 2009, Button menjual Bugatti Veyron miliknya. Jentera tersebut dijual setelah ia mempunyai perbatuan sejauh 2,414km dan memperoleh sebanyak USD1 juta (RM4.3 juta) hasil dari jualan tersebut.

Bugatti tidak gembira dengan jualan tersebut dan mereka membatalkan hak istimewa Button untuk memiliki produk Bugatti lagi.

2. Xzibit

Seorang rapper iaitu Xzibit, pernah memiliki sebuah Bugatti iaitu Bugatti Veyron Grand Sport bewarna merah matte. Walau bagaimanapun, dia telah meletakkan Bugatti tersebut dalam proses lelongan.

Jentera tersebut kini dimiliki oleh Floyd Mayweather Jr., yang menjadikannya jentera ketiga dari Bugatti dalam koleksinya.

3. Floyd Mayweather Jr.

produk Bugatti

Floyd Mayweather mungkin salah satu petinju terbaik sepanjang masa, tetapi gelaran tersebut tidak menghalang namanya dari senarai dilarang untuk membeli Bugatti.

Floyd dilarang memiliki Bugatti setelah menjual dua produk dari Bugatti, termasuk Veyron Grand Vitesse 2011, dimana dia memperoleh sebanyak USD2.45 juta (RM10.45 juta) hasil dari jualan tersebut.

Hasil jualan Veyron Sport Vitesse 2015 miliknya pula menjana sebanyak USD3.95 juta (RM16.86 juta) melalui lelongan.

Setelah itu, syarikat tersebut melarangnya dari membeli produk mereka kerana Bugatti beranggapan Floyd Mayweather Jr. menyampaikan imej yang tidak baik kepada jenama mereka.

4. Simon Cowell

produk Bugatti

Penerbit muzik dan juri rancangan X-Factor, Simon Cowell pernah memiliki Bugatti Veyron 16.4 tahun 2008, tetapi dia hanya memandunya dua kali dalam tempoh tiga tahun. Perkara tersebut bukan publisiti yang baik untuk syarikat itu.

Dia kemudian menjual kereta tersebut dengan harga USD1.6 juta (RM6.8 juta) dimana jarak perjalanan kereta tersebut hanyalah 2,092km. Kereta tersebut telah diletakkan di garajnya selama enam tahun sebelum dia menjualnya, bukan seperti sesuatu yang ingin dilihat oleh Bugatti daripada pelanggannya yang berprofil tinggi.

5. Flo Rida

Pada tahun 2011, dia terlibat dalam kemalangan ketika memandu Bugatti di bawah pengaruh alkohol. Dia mabuk, yang mungkin membahayakan orang lain di jalan raya, terutama ketika memandu kereta yang begitu laju.

Berikutan hal tersebut, Bugatti melarang selebriti tersebut untuk memliki produk dari mereka.

6. Tom Cruise

produk Bugatti

Bugatti tidak membeza-bezakan selebriti yang dilarangnya untuk memiliki supercar dari mereka. Contohnya Tom Cruise, salah satu pelakon paling terkenal di dunia. Dia memiliki koleksi kendaraan mewah, dan ketika dia memandu Bugatti Veyronnya di karpet merah Mission: Impossible III, dia tidak dapat membuka pintu untuk keluar dari kereta tersebut.

Perkara ini memalukan Bugatti dan syarikat tersebut melarangnya untuk memiliki produk dari mereka, kerana dia membuat Veyron kelihatan susah untuk dikendalikan di khalayak ramai.

Sumber: thethings.com

Jangan lupa baca artikel terbaru Motoqar di Telegram:

https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here