Teknologi pengecasan tanpa wayar untuk kenderaan elektrik kini menjadi realiti!

1287

Konsep pengecasan tanpa wayar sememangnya satu konsep yang sangat menarik.

Kita telah melihat teknologi ini pada beberapa telefon pintar, tetapi konsep ini belum dihasilkan untuk kenderaan elektrik walaupun terdapat percubaan dari beberapa syarikat termasuk Kia dan BMW.



Kini, sebuah syarikat yang berasal dari Australia iaitu Lumen Freedom menjadi syarikat pertama di dunia menerima sijil yang membolehkan orang awam menggunakan teknologi pengecasan tanpa wayar untuk kereta elektrik.

Sijil tersebut diberi oleh UL yang merupakan badan industri yang meluluskan penggunaan alat pengecas tanpa wayar untuk kenderaan awam.

Menurut sumber, teknologi syarikat tersebut akan mengubah industri pengecasan semula bateri, hasil daripada penggunaan pengecas tanpa wayar yang dikatakan akan berfungsi dengan sangat cepat.

pengecasan tanpa wayar

Lumen Freedom juga dikatakan bukan sahaja akan membangunkan sumber tenaga dan proses pemasangan di atas tanah yang diperlukan, malah mereka juga akan menyediakan kelengkapan yang diperlukan oleh sesebuah kereta elektrik yang menggunakan teknologi mereka.

Hal ini akan menarik minat banyak syarikat pengeluar kenderaan kerana mereka dapat menjimatkan kos pembangunan dalam membangunkan teknologi ini.

Teknologi ini juga dikatakan akan segera siap dan akan diperkenalkan di Amerika Syarikat. Ia dapat mengecas bateri 60kW dalam masa lima jam. Selain itu, Lumen Freedom juga sedang giat berusaha untuk membolehkan kenderaan elektrik dicas walaupun sedang digunakan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here