Jentera lumba Toyota Supra Castrol TOM’s Racing kini sedang dipulihkan semula

2799

Jentera lumba ikonik iaitu Toyota Supra milik Castrol TOM’s Racing telah dijumpai semula dan pasukan tersebut kini sedang dalam proses memulihkan semula kereta tersebut.

Toyota Supra TOM Racing

Toyota Supra merupakan kereta paling menyerlah yang pernah bersaing dalam acara Super GT Jepun dan bertanggungjawab untuk menjadikan persaingan antara Nissan dan Toyota ke tahap yang baru.



Setelah mencapai zaman kegemilangannya sebagai kereta lumba, Toyota Supra tersebut kini dipercayai ditemui di tempat unit simpanan yang terletak di wilayah Chugoku, Jepun. 

Toyota Supra TOM Racing

Difahamkan, TOM’s Racing akan memulihkan semula kereta ini, yang dianggarkan memerlukan kos sekitar 50 juta yen (RM2 juta). Untuk memenuhi nilai tersebut, mereka telah mewujudkan tabung sumbangan khas dari orang ramai. Ketika artikel ini ditulis, nilai sumbangan tersebut telah mencecah sebanyak 1.2 juta yen (RM48,183).

Sasaran pertama pasukan ini ialah sebanyak 10 juta yen (RM398,207), yang akan digunakan untuk memulihkan semula bahagian luaran dan dalaman kereta tersebut.

Sasaran kedua mereka ialah sebanyak 30 juta yen (RM1.2 juta) untuk menjadikan kereta tersebut dapat dipandu semula, manakala sasaran utama mereka ialah 50 juta yen (RM2 juta) untuk membolehkan kereta tersebut kembali bersaing di litar perlumbaan.

Toyota Supra milik TOM’s Racing ini pertama kali digunakan di kejuaran All-Japan Grand Touring Car pada tahun 1995. Bersaing bersama Nissan Skyline dalam acara tersebut, Toyota membuat keputusan untuk tidak menggunakan enjin 2JZ dari model standard.

Kereta tersebut telah dipasang dengan enjin 3S-GT 2.0 liter turbocharged, yang mampu menghasilkan sehingga 493hp dan 600Nm tork.

Hasilnya, kereta ini berjaya memperoleh kemenangan pertamanya pada 25 Jun 1995 di Sendai Hi-Land Raceway, dan terus memperoleh banyak kemenangan lain pada musim kejuaraan berikutnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here