Honda buka pusat 3S baharu di Elmina Shah Alam, yang ke-28 di Lembah Klang, servis 30 kereta sehari

2389

Honda Malaysia kini mengalu-alukan kedatangan anda ke pusat 3S terbaharu mereka di Elmina, Shah Alam.

Pusat servis 3S oleh Elmina Motors Sdn Bhd itu merupakan pusat 3S yang ke-28 di zon tengah (Lembah Klang) dan akan memenuhi keperluan yang semakin tinggi di kawasan itu.



Dengan pelaburan RM21.8 juta oleh Elmina Motors, pusat servis ini didirikan di atas tanah seluas 85,377 kaki persegi dan dilengkapi kemudahan terkini mengikut standard Honda.

Ini termasuklah 20 ruang servis yang terdiri dari 12 ruang servis biasa, 4 ruang baikpulih, 2 ruang servis tayar, satu ruang servis pendingin hawa, dan satu untuk sistem elektrik. Pusat 3S ini mempunyai kapasiti servis sehingga 30 kereta sehari.

Sementara kereta diservis, anda juga boleh menunggu di ruang lounge yang selesa, dengan kemudahan WiFi, tempat kanak-kanak, pantri dengan makanan dan minuman, serta surau.

Terdapat juga perkhidmatan sokongan seperti cuci kereta serta pembaharuan semula cukai jalan dan insurans.

Elmina Motors terletak berhampiran dengan lingkaran lebuhraya Guthrie, NKVE, Lebuhraya Utara-Selatan, dan lebuhraya (Damansara-Shah Alam Elevated Expressway) DASH yang akan datang.  

Untuk mematuhi semua SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), anda semua dinasihatkan untuk membuat temujanji terlebih dahulu sebelum datang ke pusat servis.

Elmina Motors juga akan menjalankan ujian saringan suhu badan, nyahkuman tangan dan kawalan jumlah pengunjung.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 1-300-800-555. Lokasi Elmina Motors ialah seperti berikut: Lot 72292, Jalan Pekan Subang, Kampung Baru Subang, Seksyen U6, 40150 Shah Alam, Selangor.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here