Imbau kembali 20 tahun Mitsubishi Lancer Evolution bertapak di UK

2134

Dua puluh tahun telah berlalu sejak Mitsubishi pertama kali memperkenalkan Lancer Evolution di United Kingdom.

Lima daripada sepuluh generasi model tersebut telah dijual secara rasmi di United Kingdom antara tahun 2000-2015, yang berjumlah sekitar 5,728 unit.

 Lancer Evolution
Lancer EVO VI Tommi Makinen

Model pertama secara rasmi diperkenalkan di United Kingdom adalah Lancer EVO VI Tommi Makinen edisi khas, yang berharga sekitar USD41,585 (RM177,588) pada ketika itu. Semua 250 unit terawal model ini habis dijual dalam tempoh hanya beberapa minggu.



Semua 250 unit terawal tersebut disediakan khas untuk pasaran United Kingdom dengan ciri perlindungan kakisan tambahan, instrumen batu per jam (MPH), ciri keselamatan tambahan dan beberapa tambahan lain seperti lampu kabus belakang.

Lima generasi pertama Lancer Evolution pada awalnya tidak dijual di United Kingdom kerana model ini tidak diselaraskan untuk dijual di Eropah.

Walau bagaimanpun, model ini akhirnya dapat dijual di Eropah kerana undang-undang yang membolehkan sekumpulan kecil kenderaan diimport di bawah undang-undang Persetujuan Kenderaan Tunggal.

EVO X FQ-440 MR

Semua sembilan generasi pertama Lancer EVO dikuasakan oleh enjin 4G63 2.0-liter turbocharged 4-silinder yang mampu menghasilkan sehingga 260-400hp.

Kesemua model ini disertakan dengan sistem pacuan semua roda (AWD), sementara model EVO X ditambah dengan sistem kawalan daya cengkaman dan kestabilan, serta transmisi 6-kelajuan.

Mitsubishi telah menamatkan pengeluaran Lancer Evolution di United Kingdom pada tahun 2015 dengan memperkenalkan model EVO X FQ-440 MR. Model ini dihasilkan hanya dalam 40 unit dan berharga sekitar USD63,000 (RM269,041).

Model ini juga merupakan model yang disertakan dengan spesifikasi paling mahal dan lebih berkuasa yang pernah dijual di Britain.

Namun menurut sumber, edisi EVO VI Tommi Makinen tetap merupakan model Lancer Evolution paling dikenali dan dicari yang pernah diimport ke United Kingdom. Model ini juga merupakan model EVO terakhir yang dibangunkan oleh bahagian sukan permotoran Mitsubishi.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here