Kerana minat, gadis pomen motosikal ini tidak kekok buat kerja-kerja lelaki

1905

Setiap individu mempunyai minat dan cita-cita yang berbeza. Minat seseorang juga mempengaruhi kelakuan dan pekerjaan seseorang.

Namun, minat seseorang kadangkala lain dari yang lain. Ada juga seorang lelaki yang tidak kekok melakukan kerja-kerja yang biasa dilakukan oleh seorang wanita, dan ada juga seorang wanita yang tidak kekok melakukan kerja-kerja yang biasa dilakukan oleh seseorang lelaki.



Menurut satu perkongsian di Facebook, kisah seorang gadis yang dikenali sebagai Shuhadah tular kerana ketangkasan dan kecekapannya membaiki motosikal.

Kerana pekerjaan ini sangat jarang dilakukan oleh seseorang wanita, para pelanggannya yang berkunjung kagum dengan semangat dan kebolehan yang ada pada dirinya.

Shuhadah juga difahamkan merupakan seorang pelajar Giat Mara dan kini sedang menjalani praktikal di sebuah bengkel motosikal. 

Kemahiran dan semangat yang dimiliki oleh Shuhadah ini patut dicontohi ramai gadis supaya sekurang-kurangnya, seseorang itu tahu tentang asas menyelenggara sebuah motosikal. Walhal, tidak semua lelaki juga mahir mengenai selok-belok memperbaiki dan menyelenggara sesebuah kenderaan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here