Youtuber ini terbalikkan sebuah MINI John Cooper Works GP yang baru dibeli

1546

Sebuah MINI John Cooper Works GP telah rosak kerana sikap pemandu yang memandu dengan laju dan berbahaya di halaman rumahnya.

Tindakan itu menyebabkan kereta tersebut telah terlibat dalam satu kemalangan walaupun baru sahaja dihantar.



Kereta tersebut merupakan milik seorang YouTuber iaitu Pog, yang difahamkan juga memiliki beberapa supercar yang lain termasuk Ferrari 812 Superfast, Lamborghini Aventador, dan McLaren 675LT.

Kereta tersebut baru sahaja dihantar kepadanya, dan dia membuat keputusan untuk memandunya di halaman rumah kerana masih lagi dalam perintah lockdown kerana pandemik Covid-19.

MINI John Cooper Works GP

Halaman rumahnya seakan dijadikan litar perlumbaan, setelah dia memandu MINI John Cooper Works GP tersebut mengelilingi rumahnya dalam kelajuan yang tinggi.

Walaupun dilihat menikmati pemanduannya, tindakan untuk memandu sesebuah kereta dengan laju diatas permukaan jalan yang berumput bukanlah satu idea yang baik. Permukaan rumput juga semakin rosak akibat ‘dilanyak’ berulang kali olehnya.

Ketika YouTuber tersebut cuba merekodkan catatan masa terbaik di ‘litar ciptaannya’, dia cuba mengambil selekoh dengan drift atau menggelungsur ke tepi dan itu menyebabkan keretanya ‘tersangkut’ pada permukaan rumput dan terbalik.

YouTuber tersebut bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan. Kereta baru yang diterima tersebut juga difahamkan tidak dapat dibaiki. Ini kerana, selain bahagian bumbung, kereta tersebut juga telah mengalami kerosakan pada bonet hadapan dan cermin hadapan dan belakang yang pecah.

Kereta yang baru diterima tersebut telah merekodkan jarak perjalanan hanya sejauh 38km sebelum ianya rosak disebabkan kemalangan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here