Anda kini boleh beli barangan rasmi Honda di Shopee

1651

Anda berminat beli barangan rasmi Honda tapi tak sempat pergi ke bilik pameran Honda? Kini anda boleh beli terus dari Shopee!

Honda Malaysia mengumumkan bahawa rangkaian barangan rasmi mereka kini boleh didapati di platform e-commerce itu. Anda tak pandu kereta Honda pun boleh beli!



Rangkaian produk Honda ini membawakan falsafah TEI iaitu ‘Trust, Equality & individuality’. Produk pula terdiri dari 21 jenis barangan dengan empat koleksi berbeza iaitu Corporate, Lifestyle, Activewear dan Travel.

Bersempena dengan pengenalan ini juga, Honda Malaysia akan memberikan tawaran-tawaran menarik pada 25 Julai ini. Anda boleh mendapat baucar RM10, baucar Shopeed Coins Cashback, jualan 10 peratus, jualan seluruh mall 10 peratus, dan tawaran RM7 untuk barangan terpilih.

Barangan terpilih untuk tawaran RM7 adalah terhad, dan senarainya adalah seperti berikut:

  • Beg silang
  • Payung (30 inci)
  • Set key ring dan key pouch
  • Topi
  • Beg kasut
  • Botol air boleh remuk
  • Hoodie (saiz M)

Jika anda peminat Honda, jangan ketinggalan dengan tawaran pada 25 Julai ini (Sabtu). Anda juga boleh melihat di Official Store Shopee Honda Malaysia https://shopee.com.my/hondamalaysia.os atau di laman Facebook syarikat itu.

Untuk maklumat lanjut, layari www.honda.com.my atau hubungi 1-800-88-2020.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here