Honda CBR250RR 2021 diperkenalkan di Jepun dengan lebih ciri dan kuasa

1597

Syarikat pengeluar terkemuka iaitu Honda telah memperkenalkan versi 2021 bagi CBR250RR.

Berbanding dengan versi 2019, versi terbaru ini disertakan dengan prestasi yang lebih baik, peralatan tambahan dan empat pilihan warna baru iaitu Matte Gun Power Black Metallic, Pearl Glare White, Grand Prix Red dan Grand Prix Red (jalur).

Permulaan harga untuk motosikal ini ialah 821,700 Yen (RM32,998) dan berbeza mengikut warna. Walaupun mempunyai senarai peningkatan yang ketara, motosikal ini tidak mempunyai perubahan visual yang besar.

Di peringkat global, Honda CBR250RR 2021 akan memberi saingan kepada Yamaha YZF-R25 dan Kawasaki Ninja 250.

Jom Baca:   Jose Mourinho-Anda mungkin tidak boleh bayangkan apakah kereta pertama yang dibelinya

Motosikal terbaru ini telah disasarkan untuk mencapai kadar jualan tahunan sebanyak 4,000 unit. Ia juga akan berkemungkinan akan diperkenalkan di beberapa pasaran Asia yang lain. 

Spesifikasi

Honda CBR250RR 2021 dikuasakan oleh enjin 249cc liquid-cooled DOHC inline-twin yang mampu menghasilkan sehingga 40bhp pada 13,000rpm dan 25Nm tork pada 11,000rpm.

Honda CBR250RR 2021

Ia juga disertakan dengan transmisi 6-kelajuan. Sistem klac ‘slip-and-assist‘ turut disertakan sebagai standard, sementara quickshifter (dua arah) disediakan sebagai pilihan.

Motosikal ini juga disertakan dengan satu set gegelung omboh yang disertakan dengan timah, rod penghung dengan bahan karbon, ECU yang telah dikemaskini dan masa sistem pencucuhan yang telah diubah.

Jom Baca:   Video & Galeri: Lepas pandu uji, ini pandangan pertama kami tentang Honda City Hatchback RS

Selain sistem kemasukan (intake) dan ekzos yang telah diubah suai yang disediakan, berat keseluruhan motosikal ini juga kini mencecah sehingga 168kg.

Honda CBR250RR 2021 disertakan dengan sistem lampu LED sepenuhnya pada bahagian hadapan dan belakang, dan konsol instrumen digital dengan cahaya bewarna biru.

Honda CBR250RR 2021

Ia juga disertakan dengan sistem throttle-by-wire, dan dilengkapi denga tiga mod tunggangan iaitu Comfort, Sport dan Sport+.

Casis rangka kekudanya disokong oleh fork USD 37mm pada bahagian hadapan, dan suspensi Pro-Link 5-step preload-adjustable pada bahagian belakang.

Untuk sistem brek, motosikal ini disertakan dengan crek cakera 310mm pada bahagian hadapan dan 240mm pada bahagian belakang. Kedua brek cakera ini digabungkan dengan sistem ABS dua saluran. 

Jom Baca:   Honda Vezel (HR-V) dilancar di Jepun – Pilihan 1.5 i-VTEC dan e:HEV, harga dari RM87k

Honda CBR250RR 2021 menggunakan tayar 110/70R17 untuk bahagian hadapan dan 140/70R17 pada bahagian belakang.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here