Yamaha MT-15 Limited Edition diperkenalkan di Bangkok Motor Show 2020

3095

Bangkok International Motor Show (BIMS) adalah satu-satunya pameran automotif di dunia yang berlangsung ketika musim penularan pandemik Covid-19.

Pameran pada kali ini turut diserikan dengan pengenalan model edisi terhad dari beberapa syarikat pengeluar. 

Yamaha MT-15 Limited Edition



Antaranya ialah Yamaha, yang memperkenalkan model terbaru mereka iaitu MT-15 Limited Edition.

Motosikal ini disertakan dengan penampilan yang menarik, ditambah dengan warna biru muda yang unik. Rim bewarna kuning yang disertakan juga menambahkan penampilan sporti motosikal ini.

Yamaha MT-15 Limited Edition

Selain warna yang disertakan, tidak ada perubahan atau penambahan lain dilakukan pada Yamaha MT-15 Limited Edition ini. Yamaha juga tidak mendedahkan berapa unit dari model edisi terhad ini akan dijual di Thailand.

Spesifikasi

Yamaha MT-15 dengan spesifikasi di Thailand sedikit berbeza dari model yang terdapat di India. Spesifikasi di Thailand memberikan fork terbalik yang disertakan dengan warna emas anodized. 

Yamaha MT-15 Limited Edition

Motosikal ini dikuasakan oleh enjin 155cc suntikan bahan api dengan sejukan cecair yang mampu menghasilkan sehingga 19hp and 14.7Nm tork. Sistem klac motosikal ini digabungkan dengan transmisi 6-kelajuan. 

Dengan berat bersih yang mencecah sehingga 133kg, motosikal ini mempunyai salah satu nisbah kuasa-ke-berat tertinggi dalam segmennya.

Harga

Yamaha MT-15 Limited Edition berharga 98,500 Baht (RM13,274). Yamaha baru-baru ini mengemas kini keseluruhan portfolio mereka yang mematuhi standard pelepasan BS6.

Hal ini termasuk menjadikan sistem suntikan bahan api sebagai standard pada semua model skuter mereka.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here