Kereta klasik MG YA 1947 milik Azmin Aziz, tinggal 3 unit sahaja di Malaysia!

3428

Baru-baru ini, tular kisah seorang lelaki yang dikenali sebagai Azmin Aziz yang memiliki banyak koleksi barangan antik di rumahnya.

Menurut Azmin, usaha mengumpul barangan antik bermula sejak 33 tahun lalu, selepas dia menamatkan pengajian di Louisiana State University, Amerika Syarikat pada tahun 1987.

MG YA



Daripada kesemua barangan antik yang dimiliki Azmin, apa yang menarik minat kami ialah sebuah kereta klasik iaitu MG YA keluaran tahun 1947.

Azmin berkata, kereta klasik ini merupakan salah satu dari enam buah yang pernah diimport ke Tanah Melayu pada ketika itu dan dia cukup bertuah kerana memiliki salah satunya. 

“Saya adalah pemilik ketiga kereta antik ini dan saya difahamkan hanya ada tiga termasuk milik saya di Malaysia yang masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan.

“Ia antara barang antik kesayangan saya dan jika ada waktu lapang saya akan bersiar-siar di kawasan sekitar bagi memanaskan enjinnya,” kata Azmin.

MG YA

Untuk makluman, MG YA keluaran tahun 1947 ini dikuasakan oleh enjin petrol 1.3 liter 1,250cc XPAG yang mampu menghasilkan sehingga 46hp dan 79.3Nm tork. Ia mampu memecut dari 0-80km/j dalam masa 16.7 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 114km/j.

Kereta ini juga disertakan dengan sistem pacuan roda belakang (RWD) dan kotak gear manual 4-kelajuan. Ianya mula dihasilkan pada tahun 1947 dan ditamatkan pengeluaran pada tahun 1953.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here