“Takut abang ni kena langgar”, gadis baik hati tolong kutip serpihan kaca di tengah lebuh raya

1961

Kemalangan jalan raya sering berlaku disebabkan kecuaian pemandu. Namun, ada juga sesetengah kes kemalangan jalan raya berlaku disebabkan punca lain.

Oleh itu, setiap individu sentiasa diingatkan supaya sentiasa berhati-hati terutama ketika berada di jalan yang sesak kerana anda berkemungkinan besar ditimpa musibah yang boleh merisikokan nyawa.



Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan beberapa pengguna jalan raya sanggup berhentikan kenderaan mereka demi membantu mengutip serpihan kaca yang bertaburan di jalan raya.

serpihan kaca

Berdasarkan Facebook AinShaz Juahir, seorang penunggang motosikal memakir motosikalnya di tengah lebuh raya yang sesak untuk mengalihkan objek tersebut yang menggangu lalu lintas.

Atas niat ingin membantu, gadis ini kemudiannya turut memberhentikan keretanya untuk menghalang laluan, walaupun lalu lintas ketika itu sedang sesak.

Walaupun menyedari risiko yang mungkin dialami, Ain tawakkal dan turut sama membantu mengalihkan seprihan kaca demi keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Tidak berapa lama kemudian, pengguna jalan raya lain yang melalui laluan tersebut turut memberhentikan kenderaan masing-masing untuk memberi bantuan.

serpihan kaca

Tindakan Ain dan beberapa pengguna jalan raya tersebut menerima reaksi yang postif dari netizen.

Tidak kurang juga yang mendoakan kesejahteraan selain terinspirasi  dengan tindakan tersebut. Lebih mengharukan apabila doa-doa tersebut diterima pada hari ulang tahun kelahirannya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here