Pemandu Innova viral terima anugerah kemahiran parkir dari pusat pengedar Toyota

1929

Masihkah anda ingat video viral yang menunjukkan seorang lelaki memarkir  sebuah Toyota Innova di kawasan yang sangat sempit? Pemandu Toyota Innova tersebut juga berjaya dikenal pasti beberapa hari selepas video itu tersebar di seluruh dunia.

Toyota innova

Pemandu Innova tersebut mengakui bahawa dia mempunyai pengalaman yang baik dalam memandu. Dia bahkan boleh memandu sebuah bas sepanjang 10 meter.



Dia juga pernah memandu Jepp di Wayanad, Kerala selama bertahun-tahun. Di samping itu, dia juga menyatakan tidak menyangka bahawa aksinya memarkir kenderaan di tempat yang sangat sempit itu akan viral ke seluruh dunia.

Kemahiran pemandu ini patut dipuji. Malah, selepas video tersebut viral, ada juga individu yang cuba meniru aksi tersebut menggunakan sebuah sedan di tempat yang sama, namun gagal. 

Kemahiran pemandu Toyota Innova ini diiktiraf dan dihargai oleh pusat pengedar Toyota di Kerala iaitu Amana Toyota.

Dia diberi satu pingat penghargaan dan beberapa hadiah untuk kemahiran meletak kenderaan mengagumkan, yang tidak dapat dilakukan oleh semua orang.

Pingat penghargaan tersebut tertulis “Kami menghargai kemahiran meletak kenderaan anda yang luar biasa.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here