Pemeriksaan awam MRT laluan Putrajaya bermula hari ini

1428

Dahulunya dikenali sebagai Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya, pemeriksaan awam bagi pengubahsuaian skim asal projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya akan bermula pada hari ini hingga 17 Disember 2020.

MRT putrajaya

Menurut Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp), orang ramai boleh memeriksa pelan konteks tapak kerja dan dokumen lain berkaitan pengubahsuaian itu di pejabat Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) di Jalan Raja Laut, pada hari bekerja dari 9 pagi hingga 4 petang.



Antara pengubahsuaian yang akan dilakukan ialah penangguhan pembukaan stesen bawah tanah Bandar Malaysia Utara dan Bandar Malaysia Selatan dan penangguhan atau penyemakan semula pintu masuk stesen dan jejambat pejalan kaki.

Selain itu, penangguhan kemudahan tempat letak kenderaan bertingkat akan diganti dengan kemudahan tempat letak kenderaan atas tanah dan lain-lain.

Pengubahsuaian yang dilakukan adalah hasil pelaksanaan rasionalisasi kos oleh kerajaan bagi projek infrastruktur mega pada 2018 dan kos pembinaan Laluan MRT Putrajaya dapat dikurangkan sebanyak RM8.82 bilion iaitu daripada RM39.35 bilion kepada RM30.53 bilion.

“Pengubahsuaian ini dapat dilakukan kerana peralihan pendekatan pembinaan projek daripada pendekatan bina-untuk-kapasiti kepada pembinaan mengikut permintaan, berdasarkan semakan semula jangkaan bilangan penumpang oleh APAD,” kata MRT Corp.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here