Tun M: Puji fasiliti MRT, seolah-olah berada di negara maju

312

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memuji kelancaran perkhidmatan transit aliran massa (MRT) laluan Sungai Buloh dan Putrajaya.

Dr Mahathir berkongsikan pengalamannya menaiki perkhidmatan awam itu pada hari raya ketiga, bersama isteri dan rakannya di akaun Twitter.



Jelas beliau, kakitangan MRT turut bersama sepanjang perjalanan dan memberi peluang kepada beliau bertanyakan beberapa soalan berkenaan prestasi MRT.

“Umumnya saya dapati seolah-olah saya berada di negara maju. Perjalanannya amat baik. Demikian juga kemudahan yang disedia untuk pelanggan. Stesen juga cukup besar dan dilengkapi dengan lif dan eskalator.

“Saya percaya kemudahan rail ini akan disambut baik oleh rakyat jika kos yang amat tinggi tidak dipedulikan,” tulis beliau.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here